DALCA TELUR
1 cawan toor dhall* ,direndam semalam atau lebih kurang 4 jam di rebus pakai pressure cooker sampai empuk dengan 21/2 cawan air,2cm halia tumbuk,6 ulas bawang putih dan 1 s/m jintan manis.
10 biji telur di-rebus dan buang kulit,boleh juga kalau nak goreng. Saya malas tak goreng.
5-6 tangkai kacang panjang
4 biji ubi kentang,saya pakai yang kecil
2 batang carrot
1-2 biji terung bulat, saya tak pakai pasal tak ada
3-4 chili hijau
8 cawan santan cair atau pun air (cawan 250ml)
1 cawan santan pekat
1 s/m air asam java
Garam secukup rasa & serbuk perasa jika suka
Bahan tumis:
(A)
1 biji bawang besar ( memang besar pun) di hiris halus
2 tangkai daun kari
3 kuntum bunga cengkih & buah pelage
2 batang kayu manis
(B)
11/2 s/m serbuk kari daging
1 s/t serbuk chili
1/2 s/t serbuk kunyit
1 s/t serbuk garam masal,jika ada
1/3 cawan minyak,boleh kurangkan
1. Campurkan air dengan kacang dal tadi dan masak hingga mendidh. Masukkan sayur2 ( saya masuk kacang panjang lepas ubi masak pasal nak cantik dalam gambar hehe ) masak hingga sayur masak.
2. Tuangkan santan pekatdan masukkan garam dan air asam java. Biarkan mendidh. Dalam kuali lain panaskan minyak dan tumis bahan A hingga bawang menjadi perang. Tutup api dan masuk bahan B kacau dan tuang ke dalam kuah dal. Masukkan telur dan masak hingga sebati.
* Ini nak bagi tahu banyak orang melayu tak tahu yang dhall ada 4 macam 1 dipanggil
kadalai paruppu ini di guna untuk membuat vadai dan kuih2 orang india. Paruppu ini
orangtak masak kari pasal dia lepas di rebus pun keras. 2 Paruppu Australia yang ini boleh
masak kari. 3 toor paruppu ini pun boleh di masak kari ( saya guna yang ini). 4 mysore
dhall warna orange ini pun boleh di masak kari dhall.
You pakai jer lah dhall yang you orang pakai selalu.