NASI TERUNG




NASI TERUNG

2 cawan beras basmathi ( saya pakai beras basmathi panjang) di masak dengan 4 cawan air. Selepas masak kita dapat 1 kg nasi ketepikan.

600 gm terung,dipotong dan di-gaul dengan garam dan serbuk kunyit dan goreng. Ketepikan

100 gm tomato,cencang

30 gm asam java( saya pakai yang ada biji) di ramas dengan air sebanyak ½ cawan

11/2 cawan santan

2 s/m pes halia\ bawang putih

1 s/m gula

Garam dan perasa secukup rasa

Bahan kisar

6 tangkai chilie kering,dipotong
1 batang kayu manis,dipatah
4 kuntum bunga cengkih
1 s/m kadalai parupu
1 s/m ulutham parupu
1 s/m biji ketumbar

Goreng tanpa minyak semua bahan kisar sampai naik wangi. Sejuk dan kisar menjadi serbuk,ketepikan. Boleh di ganti dengan serbuk sambar (babas)

Bahan tumis

3 s/m minyak
1 biji bawang besar,dihirs halus
2 tangkai daun kari
1 s/m ulutham parupu
1 s/m biji sawi
1 s/m kadalai parupu

1.    Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga naik wang dan bila bawang menjadi perang. Masuk pes bawang putih\ halia tumis hingga hilang bau halia.

2.    Masuk tomato dan serbuk kisar dan kacau rata masuk air asam java,garam,gula dan santan kacau rata dan biarkan mendidih dan bila kuah nampak pekat dan naik minyak boleh di masuk terung kacau rata. Biarkan masak sebentar.

3.    Masukkan nasi dan kacau rata dan goreng hingga sebati. Tutup api dan tabur gajus. Kita orang india makan nasi ini dengan raita jer.

Nota: jika suka boleh juga tambah dengan udang( buang kulit ) atau pun isi daging ayam,masuk sebelum terung.


Previous
Next Post »