AGAR2 KACANG MERAH
30 gm agar2,direndam 3-4 jam,dan tuskan
300 gm kacang merah,direndam sampai kebang dan rebus hingga empuk dengan sedikit air,kisar dan ketepikan.
2 cawan gula,atau secukup rasa sendiri
1 cawan santan pekat
7 cawan air
Sedikit warna merah
Sedikit garam
Masak agar dengan air sampai larut. Masukkan gula dan sedikit garam. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian di campur dengan santan dan satu lagi dengan kacang.
Masak bahagian santan dan tuangkan kedalam acuan dan biarkan beku. Tuangkan bahagian kacang yang telah masak ke atas nya dan biarkan beku. Masuk kedalam peti ais dan biarkan hingga sejuk.