Tampilkan postingan dengan label Masakkan Melayu. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Masakkan Melayu. Tampilkan semua postingan

SAMBAL AYAM



SAMBAL AYAM

1 ekor ayam( yang besar),dipotong dan di gaul dengan serbuk kunyit dan garam ketepikan selama ½ jam goreng tapi jangan sampai garing.

½ cawan sos chilie

2 cawan air

½ s/m serbuk garam masala,jika tidak ada digantikan dengan 2 batang kayu manis,4 tangkai bunga lawang

4 tangkai daun kari

½  cawan minyak

Garam  dan serbuk perasa secukup rasa

Bahan kisar

200 gm bawang besar,dipotong

50 gm bawang putih

40 gm halia

3 batang serai

30 tangai chilie kering,buang biji dan rendam

1 s/m serbuk chilie

1.    Kisar semua bahan kisar hingga lumat. Panaskan minyak dan tumis kayu kulit manis dan bunga lawang. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik minyak dan garing dengan api yang kecil. Masuk daun kari kacau rata.

2.    Tuangan air, sos chilie dan perasa masak hingga naik minyak masukkan ayam goreng dan kacau rata. Rasa dulu sebelum masak garam. Bila sudah sebati tutup api. Hidang bersama nasi lemak atau pun nasi tomato.






IKAN MASAK KICAP PEDAS



IKAN MASAK KICAP PEDAS

500 gm ikan kembung, dibersih dan di gaul dengan garam dan goreng ketepikan.

3 biji tomato,dibelah 4

2-3 tangkai chilie hijau,dipotong

2 biji bawan besar,dipotong besar

¼ cawan kicap pekat manis

1 cawan air

Sedikit serbuk perasa

Garam jika perlu

1/4 cawan minyak 

Bahan kisar:

20 tangkai chilie kering,dipotong dan rendam

2 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

2 cm halia

1.    Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik minyak.

2.    Masukkan kicap dan air kacau sebati dan biarkan mendidih.

3.    Masukkan serbuk perasa dan kacau rata rasa kuah nya jika perlu masak garam.

4.    Masukkan bawang,chilie hijau dan tomato kacau rata. Masukkan ikan goreng dan kacau rata biarkan sebentar. Tutup api dan hidangkan dengan nasi panas.




GULAI ITIK



GULAI ITIK 

600 gm daging itik,dipotong dan masak dengan 2 cawan air dan sedikit garam dalam periuk pressure cooker hingga ½ masak. Sejukkan dan tapis air nya. Simpan air dan isi nya dalam peti sejuk semalam. Lemak itik akan menjadi keras. Buang lemak nya dan guna air nya sahaja.

3 cawan santan pekat

Air rebusan itik

2 s/m kersik

1 s/m rempah kerutup

2-3 keping asam gelugor

5-6 tangkai chilie padi

Garam,gula dan perasa secukup nya.

Bahan kisar:

15 tangkai chilie kering

10 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

3 cm halia

3 cm lengkuas

2 batang serai

1 s/m serbuk chilie

Campurkan semua bahan dalam periuk dan masak hingga itik masak dan kuah menjadi pekat. 




TELUR KICAP



TELUR KICAP

4 biji telur,digoreng mata lembu ketepikan

1 biji bawang Holland,dipotong besar

3 ulas bawang putih,ditumbur kasar

3 cm halia,dihiris halus

1-2 chilie merah atau pun hijau

1 s/m minyak

4 s/m kicap pekat manis

1 cawan air

1 s/t tepung jagung,dicampur dengan sedikit air

Garam dan perasa secukup nya

1.    Panaskan minyak dan tumis bawang,bawang putih,halia dan chilie hingga bawang layu.

2.    Masukkan air,kicap dan perasa kacau rata dan biarkan hingga mendidih 

3.    Masukkan campuran tepung jagung dan kacau rata. Masak telur dan kacau rata. Tutup api. Siap.






KUIH NEKBAT



KUIH NEKBAT

125 gm tepung beras,disangai sampai kering dengan api yang kecil,biarkan sejuk dan ayak.

3 biji telur grade A

Sedikit pewarna kuning,saya tak campur

1.    Pukul telur hingga betul2 kembang dan berbuih dengan hand beater. Campur warna.

2.    Masukkan tepung sedikit demi sedikit gaul rata dengan whisk hingga sebati.

3.    Panaskan oven 200c . sapu acuan kuih cara dengan sedikit minyak dan panaskan di atas dapur. Bila dah panas tutup api dan tuangkan adunan kedalam lubang terus masuk oven dan bakar hingga dia naik dan kering. Buat macam ini sampai habis adunan.

4.    Keluarkan dan sejuk. Resipi ini dapat 26 biji.

SIRA

2 cawan air

1 cawan gula

3 helai daun pandan

6-7 kuntum bunga cengkih

Masak semua bahan hingga gula larut dan mendidih. Tutup api dan masuk nekbat dan biarkan ia meresap air sira. Boleh di hidang  bila sejuk. Boleh juga ganti rose essence dengan daun pandan dan bunga cengkih.