TAU FOO GORENG KICAP



TAU FOO GORENG KICAP

5 keping tau foo,dibelah 4 dan digoreng.

1/3 cawan kicap manis

2 batang kayu kulit manis

2 tangkai bunga lawang

2 tangkai daun kari

Sedikit pak haji

4 s/m minyak

Bahan kisar

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

1 batang serai

1 in halia

1/2 in lengkuas

10 tangkai chili kering,buang biji dan rendam

1 biji tomato masak,sederhana besar

Kisar semua bahan diatas dengan sedikit air.

1. Panaskan minyak dan tumis kayu kulit manis,bunga lawang dan daun kari.

2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik minyak. Masukkan kicap dan pak haji. Kacau rata.

3. Masuk tau foo dan goreng hingga naik minyak. Rasa dulu sebelum masuk garam. jika perlu masuk garam. Saya tak masuk garam. Masakkan ini kering sedikit.

Nota: Untuk masakkan ini kena pakai kicap pekat manis  Wan Azizah  baru sedap...faham2 lah chap apa tu...hehe. Saya tak nak bagi tau nama sebenar ..

 
 
 





 
Previous
Next Post »