VENDIKAI KOOTU (SAYUR BENDI DHALL)
½ cawan kacang dhall di rendam sampai kembung dan di pressure cook sampai hancur dengan 3 ulas bawang putih,3 tangkai chili hijau,1 s/t jintan putih,1 s/t serbuk kunyit dan 2 cm halia dan 4 cawan air. Ketepikan
500 gm kacang bendi,potong bulat2
1/3 cawan kelapa parut,di blend dengan sedikit air sampai lumat ( saya gilling)
1 biji tomato,dicencang
½ s/t serbuk jintan putih
½ s/t gula (gula jangan banyak)
Garam secukup rasa
Bahan tumis
1 s/t biji sawi
1 s/t ulutham parupu
1 s/t jintan putih
4 tangkai chili kering,dipotong 3
2-3 tangkai daun kari
1 biji bawang besar,dihiris nipis
¼ cawan minyak
1. Panaskan minyak dan masuk bahan tumis dan tumis sampai naik wangi dan bawang menjadi perang.
2. Masukkan bendi dan kacau rata dan goreng selama 1 mint.Masukkan semua bahan lain dan masak hingga bendi masak kuah pekat sedikit.
Nota: Jika suka boleh juga masuk ikan bilis 30gm semasa tumis. Bendi boleh di ganti dengan sayur lain. Sedap di-hidang dengan lauk ikan goreng dan sambal belacan.