THANI SAARU SAYUR MERANTI
½ cawan kacang dhal,direndam 6 jam dan direbus hingga betul2 empuk dengan sedikit air atau pun di pressure cook hingga empuk jangan berbiji-biji. Dilecek
150 gm sayur meranti
1 biji buah tomato,dicencang
25 gm ikan bilis
60 gm bawang besar,dihiris halus
30 gm bawang putih,tumbuk kasar
4 ½ cawan santan cair
½ cawan santan pekat
Garam secukup rasa
Bahan tumis:
2 s/m minyak
1 s/t biji sawi*
1 s/t jintan putih*
1 s/t ulutham paruppu*
3 tangkai chilie hijau atau pun chilie kering,dipotong
1 s/t serbuk kunyit
1 s/t serbuk jintan putih
1. Panaskan minyak dan masuk bahan * kacau rata. Masuk bawang besar,bawang putih dan chilie tumis hingga bawang menjadi perang.
2. Masukan serbuk jintan dan serbuk kunyit kacau rata dan terus masuk kacang dhal,buah tomato,ikan bilis dan santan cair kacau rata dan biarkan mereneh dengan perlahan hingga mendidih kacau selalu.Masak hingga 2-3 mint. Dan masuk sayur dan santan pekat . Bila ia mendidih tutup api. Hidangkan dengan nasi berlauk sambal ikan bilis.
Nota: Sayur meranti boleh di ganti dengan daun turi,sawi atau pun cekar manis.