GULAI ITIK
600 gm daging itik,dipotong dan masak dengan 2 cawan air dan sedikit garam dalam periuk pressure cooker hingga ½ masak. Sejukkan dan tapis air nya. Simpan air dan isi nya dalam peti sejuk semalam. Lemak itik akan menjadi keras. Buang lemak nya dan guna air nya sahaja.
3 cawan santan pekat
Air rebusan itik
2 s/m kersik
1 s/m rempah kerutup
2-3 keping asam gelugor
5-6 tangkai chilie padi
Garam,gula dan perasa secukup nya.
Bahan kisar:
15 tangkai chilie kering
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm lengkuas
2 batang serai
1 s/m serbuk chilie
Campurkan semua bahan dalam periuk dan masak hingga itik masak dan kuah menjadi pekat.